02 November 2010

Dari kotak e mail ku 2

Disini aku kopy past email yang masuk dalam kotak email ku....
Sebenarnya, kisah ini aku pernah dengan mungkin 10 tahun dulu melalui pita kaset yang pernah aku beli...
Ini adalah sebahagian apa yang aku dapat dalam email ku...
Insyaallah akan aku masukkan dalam blog ini kemudian hari......
Semuga menjadi peringatan dan amaran kepada kita semua.....
Ya Allah.. Selamatkan iman kami, anak-anak kami, keturunan kami dan saudara-saudara kami. Janganlah Engkau matikan kami melainkan dalam keadaan beriman...Amin.


Part 1 
Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman,
tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes
murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,
ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu
seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah
sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak
tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta
saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang
paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang
saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman
kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan
perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari
Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari
Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.
Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun
1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad,
sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes
ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem
pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari
segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system
perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman
kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak
dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang
terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh
melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan
ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan
dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh
tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi
azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia
hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan
dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung
dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk
di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.
Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL
begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak
bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh
murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan
begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata
sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi
forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan
jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta
Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah).
Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah.
Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan
secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11
Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung
soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh
28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian
jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh
Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran
agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan
surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang
dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa,
abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah
menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur
(18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang
memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga
yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan
perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan
undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama
rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut
cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak
lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak
termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan
yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah.
Ini termasuklah hukum syara'.



Insyaallah...bersambung.

30 Oktober 2010

Baca Al Quran On Line

Saya ada terjumpa Al Quran bentuk ebook (?) secara on line...mudah nak cari juzuk / surah pilihan. Al Quran ini  boleh diselak secara digital jika hendak bertukar muka surat.....Jika mata rabun atau tulisan Al Quran tidak jelas, boleh gunakan kanta yang disediakan secara digital juga, untuk membaca lebih lancar.....
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Saya juga ada menjumpai bacaan Al Quran secara on line oleh qari terkenal seperti ; Saad Al Ghamdi. dan Ahmad Al Ajmy di http://www.listen2quran.com

Kalau hendak mendapatkan bacaan yang betul, semak teks Al Quran on line ini, dan dalam masa masa yang sama mainkan bacaan Al Quran (ikit pilihan ayat) yang boleh didapati di link ini : http://www.listen2quran.com

Walaupun daripada link yang berbeza tapi,  boleh dimainkan serentak dengan mencari dulu ayat pilihan di kedua-dua link tersebut, kemudian kita klik play pada bacaan Al Quran dan kita klik pada link teks Al Quran untuk menyemak bacaan tadi. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bacaan yang betul bagi memperbaiki bacaan kita.

Sebelum ini saya pernah terjumpa satu web yang menyediakan kedua-dua menu tersebut serentak...tetapi web tersebut banyak silapnya...iaitu bacaan qari dan teks Al Quran sering melompat-lompat...Contohnya dari ayat 15, melompat ke ayat 20....masalah besar...

Sudah penat membaca dan mendengar Al Quran, kita juga boleh mendengar ceramah atau zikir di web link : http://tazkirah.eimsnetwork.com . Sambil membuat kerja menaip...taklah rasa sunyi dan bosan..

17 Oktober 2010

Dari Kotak E mail ku....Baca la.....Tak Rugi...

Petikan berikut aku garap dari kotak email ku, yang dikirimkan oleh anak saudara ku dari  UIA...menarik untuk diketahui.......(wanbbest)


bacalah,, ambil sbhagian sbgai pengajaran dan panduan hidup..
ape2 pon, ISLAM is the best..
YAHUDI yg byk amek dr ISLAM sebenarnye... (pengirim email)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

08 Jun 2010

Renung Sejenak...

Teks ini aku terima melalui email ku....baca la.....agaknya apa yang anda fikir selepas membacanya.......

Subject:
surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada
 iLuvislam.com<http://iluvislam.com/>. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..
Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak........
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu......

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg......
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar....
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak......
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut......
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor....
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat....
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit....
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut....
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak.....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar....
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih........
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak.....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak......
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan......
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis......
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la.....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik....
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu....
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan......

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter....
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah...
sampai masuk unibesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih  

22 April 2010

Isu Penggunaan nama Allah





Di petik dari ruang perbincangan dalam facebook 

  • Oleh : Mohamad Nabzrol Amirul Nazril 
    Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..



    Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai 
    penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin 
    memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari 
    pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun 
    mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian. 
    Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi,
     bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang 
    Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah 
    ilmu pengetahuan.
    Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan

     mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi 
    seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan 
    seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional. 
    Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya 
    sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran
     (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah
     adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.
    Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin

     dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama 
    pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO 
    atau Persatuan Peguam Muslim.
    Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan

     perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan 
    tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan. 
    Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea
     menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang 
    terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar
     Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan 
    terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak
     dan Roh Kudus. Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, 
    pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang 
    terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan
     perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan 
    dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.
    Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, 

    aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan 
    Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan 
    tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible. Gereja Katolik menerbitkan
     Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang 
    penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan
     Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah
     diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. 
    Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James 
    mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’. Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang
     dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan 
    sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, 
    agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau
     perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-
    The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri
     sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
     Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi
     merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic 
    Weekly menggunakannya.
    Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal

     dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ 
    bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata 
    dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan 
    bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan 
    (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu,
     kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god
     (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan 
    Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’
     itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan
     doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala
     doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak
     dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan. Jika diteliti dengan 
    sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan 
    doktrin Trinity tersebut.
    Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil.

     Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan
     kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible. Bagi saya
    secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic
     Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat
     dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.
     Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh 
    menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang 
    Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam 
    Kitab Bible. Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak
     menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut?
     Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut 
    salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil. Jesus menyebut
     “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah 
    Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek
     bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit
     Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari 
    lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada
     pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat
     Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab 
    adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab. 
    Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda
     masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke 
    dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka
     sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa 
    asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.
    Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa 

    perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya 
    menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam
     menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti. Secara logik 
    dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
     menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan
    . Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam
     adalah Al-Quran. Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah 
    didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang
     authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti. Surah Al-Ikhlas 
    dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi 
    orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1).
     Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak
     pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”. 
    Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. 
    Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang 
    Islam berima kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas 
    bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan
     mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

    Sekian.
    Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
    700131-02-5011.
    Bukit Indah, Ampang, Selangor Darul Ehsan. 

08 Februari 2010

Siapa Dia...


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaimana.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyaiakhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...