30 Januari 2011

Orang Kaya VS Orang Susah

Berikut aku paparkan apa yang telah masuk dalam email ku....menarik juga.

Cuba kita perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare. (Hampir sama dengan Malaysia)

Pada umur 65 tahun:
- 1 jadi jutawan
- 4 hidup senang
- 5 masih bekerja sebab terpaksa
- 54 hidup dengan bantuan keluarga & kebajikan
- 36 mati

Adus....
Tahukah anda apa yang menyebabkan hanya 1 daripada 100 orang yang benar-benar mampu mencapai kekayaan? Ianya bergantung kepada MINDA seorang dan disini saya jelaskan perbezaan antara minda orang kaya dan orang susah:
#1: Orang kaya percaya \"Saya yang mencorakkan hidup saya\"
     Orang susah percaya \"Semuanya sudah nasib\"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
     Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
      Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
      Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
      Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
      Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
      Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

=8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
      Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
      Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
        Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
        Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
        Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: Orang kaya bertindak walaupun takut.
       Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.
        Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.

Wow.. banyaknya nak ingat! Ya, saya sendiri masih belajar dan akan terus belajar untuk mencapai taraf minda jutawan, saya berharap anda juga berfikiran terbuka untuk buat perkara yang sama dan cuba fahamkan 14 konsep minda jutawan.

Ingat, \"think rich to get rich!\"

Demi Kejayaan Anda,

Catatan : Tambahan : Orang kaya ramai kedekut
                                 Orang susah tak de benda nk dikedekutkan......

28 Januari 2011

Apa maksudnya ni...??

Live 24 hour Gold Chart

Jadi aku boleh agak...waktu bila biasanya harga emas akan turun setiap hari.....antara 7 hingga larut malam...di mana pada waktu ni di New York sedang rancak berjual beli......

27 Januari 2011

Pengalaman Baru 2

Salam...
Bukan semua orang ada pengalaman dengan aktiviti gadai menggadai....
Aku salah seorang daripdanya. Kemarin (24/1/11), pertama kali aku menjejak kaki ke Arrahnu di Agro Bank. Tujuanku adalah hendak menggaidaikan 2 ketul emas Publik Gold..
Tujuan aku menggadai adalah:
1. Nak lock harga bar dan dinar yang baru....(sedang menurun)
2. Nak tahu samada emas Public Gold ini memang emas tulen......sebab ada antara kawan-kawan yang berminat, tetapi masih ragu-ragu dengan ketulinan emas PublicGold yang ada pada ku...maklumlah perkara baru...aku pun jadi rasa bimbang juga....hai...jangan main-main...harga bukan murah.....

Jadi, ini kesimpulannya....

Emas PublicGold boleh digadai di Arrahnu Agro Bank....ini menunjukkan ianya emas tulen....lega......
Aku dah tunjuk kepada kawan-kawan, mereka pun percaya......

Kenapa gadai emas nak beli emas...???
Ini keterangannya...

Penggadaian emas di Ar Rahnu Bank yang mendatangkan keuntungan, bukannya kerugian.


Ketika harga emas turun, anda gadai emas anda.Wang hasil gadaian tadi anda beli stok emas yang baru dan simpan. Apabila harga emas naik ,anda boleh jual emas yang anda ada ketika itu untuk meraih keuntungan.

Anda mungkin tidak faham sekiranya anda;

1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.

Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas, memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

sekiranya anda hari-hari melihat harga emas. anda akan tahu bila akan berlakunya 'buying opportunity'. 'Buying opportunity' merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)  ( http://kilau-emas.blogspot.com/)

Tapi kita mesti disiplin..dengan memperuntukkan sebahagian pendapan kita untuk menebus emas....
Tetapi bagaimana jika sampai cukup tempoh kita masih tidak dapat menebus emas tersebut???......nanti aku fikir.....

25 Januari 2011

Emas Merudum lagi.........

Daily Gold Chart

Click to enlarge
Click to enlarge Public Gold Price (24 Hours Live)
(Last updated 25/01/11 11:35 PM)

                    We Sell       We Buy

20 gram   RM 3006.00    RM 2826.00

50 gram   RM 7481.00    RM 7070.00

100 gram RM 14892.00  RM 14147.00

250 gram RM 37056.00 RM 35388.00

(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)


Mampu pandang je le.......kita modal kecik....buatla cara modal kecik...sekurang-kurangnya aku dah memulakan langkah pertama untuk menyimpan emas...
Pengajarannya...nak menceburi sesuatu bidang, kita perlu mendalami bidang itu dulu....
Tapi tak pe...dalam ape keadaan sekali pun, simpan emas, insyaallah tak akan rugi....bagi jangka masa panjang.

Kadang-kadang risau juga, tarikan emas ni rupanya sangat kuat...sekali kita mula, sepertinya terus teruja dengan kilauannya.....harap-harap tak lupa diri....

Kepada kawan-kawan yang belum bermula, cepat-cepatla mulakan, walaupun dengan berdikit-dikit....pasti nanti akan menjadi bukit....

21 Januari 2011

Harga Emas Merudum ke???

Public Dinar Daily PriceDinar
             We Sell             We Buy


1 dinar  RM 630.00       RM 592.00

5 dinar  RM 3137.00     RM 2964.00

10 dinar RM 6247.00   RM 5935.00

Last updated 21/01/11 5:50 PM
 
 
Public Gold Price (24 Hours Live) (Last updated 21/01/11 5:50 PM)


                    We Sell            We Buy

20 gram      RM 3050.00     RM 2867.00

50 gram      RM 7590.00     RM 7173.00

100 gram    RM 15109.00   RM 14354.00

250 gram    RM 37595.00   RM 35903.00

(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
 
Click to enlarge Pada 21/1/2011 (06:17 pm)
 
Harga emas merudum......kalaulah aku ada tunai...pasti akan aku tambah koleksi emas ku.......
Kata pakar, ini lah masanya kalau nak membeli emas...harga pada bawah paras support..Malam taadi aku lock pada harga RM3058 bagi jongkong 20g.... rugi RM8... 
 
Alamak..pada saaat ini, bar 20g jatuh lagi ke RM3046.............apa dah jadi ni...

Pengalaman Baru..

Assalamualaikum....
Selamat Tahun Baru...
Sempena tahun baru 2011 ini aku mengalami pengalaman baru...
Sebenarnya sudah lama aku mengkaji dengan membaca blog2 dan web yang berkaitan dengan pelaburan emas....dan sebenarnya sudah lama aku begitu teruja untuk melibatkan diri secara langsung dengan emas ni... Bukan tujuan untuk nak jadi kaya raya/ jutawan/ umpanya dengan menjadi saudagar eman....(kalau dah direzkikan, apa salahnya...yang penting halal)...tapi sekadar untuk menyimpan harta dalam bentuk emas...dan mengurangkan simpanan dalam bentuk kertas....
Walaupun pada mulanya agak ragu, tetapi dengan cekal dan nekad hati, sempena tahun 2011 yang bakal menjelang (30/12/2010), aku telah membuat tempahan pertama emas jongkong dan dinar melalui seorang dealer PublicGold.
Setelah memerhati pergerakan harga emas untuk beberapa hari, aku terus "lock" harga (RM321 untuk 20g gold bar)....rupa-rupanya, harga yang aku lock itu adalah pada masa emas pada harga tertinggi.........nasibla.... tak pe...pengalaman...


Maaf la...gambar2 ni bkn utk menunjuk2.....sekadar untuk merangsang minat kawan2....

19 Januari 2011

Facebook

Facebook: "Facebook"