22 April 2010

Isu Penggunaan nama Allah





Di petik dari ruang perbincangan dalam facebook 

  • Oleh : Mohamad Nabzrol Amirul Nazril 
    Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..



    Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai 
    penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin 
    memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari 
    pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun 
    mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian. 
    Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi,
     bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang 
    Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah 
    ilmu pengetahuan.
    Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan

     mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi 
    seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan 
    seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional. 
    Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya 
    sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran
     (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah
     adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.
    Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin

     dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama 
    pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO 
    atau Persatuan Peguam Muslim.
    Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan

     perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan 
    tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan. 
    Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea
     menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang 
    terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar
     Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan 
    terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak
     dan Roh Kudus. Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, 
    pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang 
    terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan
     perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan 
    dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.
    Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, 

    aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan 
    Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan 
    tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible. Gereja Katolik menerbitkan
     Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang 
    penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan
     Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah
     diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. 
    Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James 
    mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’. Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang
     dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan 
    sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, 
    agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau
     perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-
    The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri
     sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.
     Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi
     merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic 
    Weekly menggunakannya.
    Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal

     dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ 
    bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata 
    dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan 
    bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan 
    (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu,
     kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god
     (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan 
    Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’
     itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan
     doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala
     doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak
     dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan. Jika diteliti dengan 
    sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan 
    doktrin Trinity tersebut.
    Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil.

     Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan
     kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible. Bagi saya
    secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic
     Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat
     dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.
     Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh 
    menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang 
    Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam 
    Kitab Bible. Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak
     menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut?
     Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut 
    salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil. Jesus menyebut
     “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah 
    Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek
     bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit
     Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari 
    lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada
     pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat
     Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab 
    adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab. 
    Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda
     masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke 
    dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka
     sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa 
    asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.
    Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa 

    perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya 
    menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam
     menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti. Secara logik 
    dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia
     menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan
    . Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam
     adalah Al-Quran. Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah 
    didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang
     authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti. Surah Al-Ikhlas 
    dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi 
    orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1).
     Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak
     pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”. 
    Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. 
    Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang 
    Islam berima kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas 
    bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan
     mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

    Sekian.
    Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
    700131-02-5011.
    Bukit Indah, Ampang, Selangor Darul Ehsan.