25 November 2009

Salam Aidil Adha





اللهم ارزقنا حج بيتك الحرام 
























   SELAMAT  HARIRAYA  AIDILADHA..

YA ROBBi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

22 November 2009

alfatihah

Sudah lima hari abang iparku (sepupuku juga) kembalike rahmatullah..Pagi rabu lalu, sedang aku sibut menguruskan tugas harian di sekolah, aku menerima panggilan dari adikku di kampung, dengan isak tangis...aku terus bertanya perkara yang berlaku di kampung....beliau memaklumkan bahawa abang Halim telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.....INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUUN....
Abang Halim memang telah disahkan mengidap barah paru-paru pada bulan ogos lalu...dan dianggarkan hanya boleh bertahan sehingga 9 bulan sahaja....Alahyarham juga telah menjalani rawatan kimo sebayak 3 kali...dan kali terakhir, seminggu sebelum kembalinya ke rahmatullah. Sejak mendapat rawatan pertamanya, allahyarham menunjukkan perkembangan yang positif....Namuan kuasa ALLAH menguasai segala ikhtiar manusia..Semuga Allah memberi sifat kesabaran dan meredhai pemergian allahyarhan kepada kami sekeluarga...dan semuga Allah SWT menempatkan roh allahyarham dalam golongan roh oarng-orang beriman dan beramal solleh serta dijauhi segala bala bencana diakhirat...AMIN.

17 November 2009

ingat padaNya




Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pesan Bijak Pandai..

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,  rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba
.Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !


15 November 2009

ingat ye....

perluke???

sekadar renungan...........


''Malam Pertama Kita''


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke....

''Malam Pertama Kita''

19 September 2009

Lemang Raya

Hari ini hari terakhir puasa . esok hari raya...Saya menyertai projek lemang taman jaya 4.....idea projek dicetuskan oleh Tn Hj Nawi........
utk mengetahui betapa meriahnya projek lemang kami klik: KTADFA

10 September 2009

Blog ku semakin usang....

Dah berapa lama tak masuk ke blog sendiri....menjadi ia nampak usang.....
Rupanya.........bukan mudah hendak melakukan perkara yang mudah jika tiada kesungguhan dan komitmen...Walau apapun syukur blogku ada pengikut...menjadikan ia nampak ada pembaharuan ....Semuga blog ku ini akan menjadi semakin meriah.......meriah dengan idea, ilmu, infomasi dan pengunjung...

11 Jun 2009

Anak buah @ Anak saudara @ Anak keponakan

Anak buah ( anak saudara@ anak keponakan ) ku ini namanya Norhalilah Mohd Halim. Dia adalah anak kepada kakak sulungku. Aku memang tahu dia berkecimpung dalam bidang penulisan secara tak disengajakan. Yelah, mungkin Allah dah tetapkan rezekinya ke situ... Aku pernah membaca hasil karyanya yang sulung bertajuk OREN. Boleh tahan juga, memang dia berbakat. Cuma mungkin pada masa itu dia belum banyak pendedahan dan menimba ilmu ke arah itu...
Itu cerita anak buah @ anak saudara @ anak keponakan ku, 2 atau 3 tahun yang lalu...
Baru-baru ini ( minggu lepas la ) aku pulang ke kampung sempena cuti sekolah bersama keluargaku di Sungai Besar. Aku tengok anak-anakku leka membaca buku novel. Aku fikir tentu milik sepupunya (anak-anak adikku) yang dipinjam dari sekolah. Aku tengok mereka kusyuk membacanya.... aku tak ambik endah pun...
Selang beberapa waktu, aku tengok novel itu berada di atas sofa. Tampa berfikir apa, aku mencapainya lalu membelek-belek dan membaca tajuknya " Melah Melia 2". pengarangnya - AININ NAUFAL - macam nama cucu saudaraku je.......
Baru aku terfikir "oooo....ini agaknya novel Ila...." Aku pun cuba membacanya secara tebuk-tebuk....cerita remaja gayanya.. Bila aku tanya anakku, memang sah itu novel hasil anak buah @ anak saudara @ anak keponakan ku...
Setelah balik ke rumahku semula barula aku berkesempatan membaca " Melah Melia 2" secara agak serius ( tak habis pun )....
Pada pra katanya ada tercatat alamat blognya....
Bila terluang masa aku mengambil kesempatan melayari blog "aininaufal".....
Wow....meriahnya blog dia.....tak macam blog milik ku....sepi je, hanya aku sorang pengunjunnya...
Wow......dah lebih 10 novel yang dihasilkannya......
"Melah Melia " je, dah ada Melah Melia 3... dan menurut dalam blognya akan diterbitkan pula Melah Melia 4......hebat !! tentu diminati ramai...
Kepada Ila, acik doakan agar Ila terus sukses....dunia dan akhirat....
Teruskanla usahala Ila berkreativiti dalam bidang penulisan...dengan penuh rasa tanggungjawab kepada anak bangsa dan agama...

ke blog Ila



10 Jun 2009

AL FATIHAH

Al Fatihah buat birasku Muhd Fakri yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Jun ( Ahad ) yang lalu...setelah genap 20 hari terlantar akibat serangan stroke. Hajatku untuk menziarahinya buat kali kedua takkesampaian kerana alahyarham menghembuskan nafasnya terakhir pada hari yang sama aku merancang hendak menziarahinya di HBTAA Kuantan. Arwah meninggalkan balu dan 3 orang anak lelaki ( 1 anak angkat ). Anak bongsu seumur 2 tahun .
Semuga Allah mencucuri rahman dan rahimNya ke atas roh arwah. Amin
Kepada seluruh keluarga terutama balu dan anak-anak semuga meredhoi pemergian orang tersayang. Semuga Allah menganugerahi kesabaran dan kerahmatan.

23 Mei 2009

Tak habis lagi sambut Hari Guru

Tak habis lagi sambut Hari Guru
Salam. Itu la cikgu...nak sambut hari mereka sendiri pun tak on time....ye la....almaklum saje la...sibuk memanjang. Sampai dah seminggu baru nak sambut Hari Guru.Itulah yang terjadi di sekolah ku...baru semalam ( 22/5/2009) dapat menyambutnye...Meriah jugek...Al maklum sajela ...setahun sekali...
Tengok saje la gambar-gambar yang dapat dirakamkan nanti.....

21 Mei 2009

Rentetan Hari Guru....

Sempena Sambutan Hari Guru yang masih disambut samada di peringkat sekolah, daerah mahu pun negeri....saya terbaca catatan seorang yang pernah jadi pelajar. baca dan renungkanlah......

Terima kasih Cikgu kerana 'selamatkan' saya...

Azamin Amin Mon May 18, 09 2:35:19 pm MYT

Masih belum terlewat untuk menitipkan sebaris kalimah yang tidak mungkin boleh membalas budi baik, niat ikhlas dan sakit pening mendidik, menggilap dan mengasah susuk tubuh ini agar menjadi 'manusia'. Terima kasih Cikgu.

Izinkan saya mencoret secubit kisah, pengorbanan guru...
Ya, bagaimana mungkin sebilangan besar guru-guru di sebuah sekolah asrama di Perak akan melupakan seorang pelajar tingkatan dua tahun 1989, yang lari daripada sekolah di waktu malam, menaiki keretapi lalu ke utara tanah air tanpa diketahui oleh sesiapa.
Gamat satu sekolah keesokannya. Namun kisah 'fugitive' itu tidak bertahan lama. Dua hari selepas itu saya berjaya 'ditangkap'.
Tidak mungkin juga, mana-mana guru dapat menghilangkan wajah seorang Azamin yang terpaksa berdiri di hadapan ratusan pelajar pada hari perhimpunan Jumaat, kerana melanggar displin sekolah.
Digelar oleh guru displin sebagai P1 (Penjenayah, penjahat, perosak dan pelbagai perkataan P yang menunjukkan akhlak saya tidak elok).
Bukan sekali langgar. Acap kali. Antaranya bertumbuk, bergaduh, pecah almari makmal, bawa 'lari' sebuah TV asrama ke bilik gerakan sekolah semata-mata untuk menonton video, meronda-ronda ke Asrama Puteri lewat malam dan aneka macam kelaku yang cukup memalukan.
Seringkali mata memandang serong apabila saya menuju ke bilik pengetua sekolah untuk menjalani hukuman sebatan rotan yang cukup menyakitkan. Lebih mengaibkan, ayahanda terpaksa datang sebab saya digantung selama seminggu kerana mencederakan pelajar.
Senarai panjang salah laku, tidak mungkin dapat memenuhi coretan ini. Cukup secebis, tanda pengakuan salah sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Saat itu, umpama sudah ada 'sayap untuk terbang'. Terlalu angkuh, padahal hijau lagi akal budi.
Cumanya... paling menyayat hati dan tersentuh jiwa, walau setinggi mana gumpalan noda dan dosa, biar melangit saya melompat, dan tersungkur ke bumi sekalipun, guru-guru sekolah tidak pernah 'membuang' ataupun 'menyisih' saya.
Malah ketika saya 'jatuh', mereka mengutip saya, mengangkat lalu menjulang semula ke atas. Tanpa serik, saya kembali 'liar' melonjak ke sana ke mari mencabar jiwa naluri seorang guru.
Setelah lama, saya 'jatuh' terperusuk lagi. Sepi, sakit dan berdarah. Guru-guru, sekali lagi memapah, memeluk dan menyelamatkan saya sambil membasahkan bibir dengan kalimah kata-kata hikmat dan azimat. Tanpa peduli, siapa saya yang dikenali cukup bermasalah.
Tidak putus-putus, seorang demi seorang menasihati saya. Baik guru lelaki mahupun perempuan. Baik yang beragama Islam mahupun bukan. Tanpa kecuali guru kaunseling, silih berganti, menjadikan saya sebagai subjek bermasalah yang perlu ditangani dengan segera.
Selama setahun lebih guru-guru memulih dan menenangkan 'pemberontakan' saya.
Bayangkan tanpa ayah ibu di depan mata, guru-guru menjadi keluarga pengganti diri. Jika tidak sabar, sudah pasti tidak ada sekelumit nurani pun yang berhajat untuk membimbing saya ketika itu. Tanpa jemu, guru-guru terus memberi semangat juang yang tinggi untuk menjadikan saya, seorang pelajar yang baik.
Tahun 1990, terbit rasa insaf. Berjurai air mata tatkala mendengar kalimah tajam menusuk jiwa daripada guru-guru saya.
"Awak terlalu matang untuk membuat kerja-kerja bodoh ini. Seorang pemimpin, bukan begini kelakuannya.," nasihat seorang guru perempuan kepada saya yang ketika itu berada di tingkatan tiga.
"Azamin, cara awak berkata-kata, bercerita menunjukkan tahap pemikiran yang sama sekali berbeza dengan sifat yang awak tunjukkan selama ini. Berubahlah, disebalik keburukan pasti ada cebis kebaikan awak," kata seorang guru kaunseling sambil menitiskan air mata.
Walaupun tercatat nama dalam buku hitam dispilin sekolah termasuk satu rekod di Balai Polis Ipoh kerana lari sekolah, saya 'bangkit' semula atas usaha jerit pedih cikgu-cikgu mendidik saya.
Ya...bukan senang menjadi guru. Siang malam bergelumang dengan karenah dan ragam pelajar yang kini cukup dasyat, menyeramkan dan meloyakan.
Saya, antara bukti yang masih hidup. Betapa payahnya, guru-guru melentur saya, namun akhirnya berjaya jua.
Berapa ramai guru di seluruh negara, secara 'tidak sengaja' dan tanpa niat telah melahirkan beratus-ratus malah ribuan 'binatang' di luar sana. Perompak, perogol, penjenayah, penagih dan pembunuh yang asalnya juga daripada suci perut ibu mengandung, juga asalnya seorang pelajar sekolah. Pasti mengecewakan. Namun itu bukan salah cikgu.
Alhamdullilah, saya terselamat kerana guru-guru saya sempat dan cepat. Calar-balar dan lebam di tubuh serta tempeleng dan jerkahan guru menjadikan saya sedar kesilapan yang dilakukan.
Jika tidak, entah di kolong manalah saya melabuhkan lena, entah di longkang manalah saya terjaga. Lorong hitam manalah saya berkelana dan mungkin perginya tanpa nama, atau lebih pedih dihina.
Jikalau badan saya tidak berbirat dan tiada pekikan guru menerjah telinga saya, sudah pasti saya tidak berada di sini.
Mungkin tidak ada sesuatu pun boleh dibanggakan oleh guru-guru terhadap saya. Namun sejahat mana sekali pun saya, seteruk mana libasan guru ke tubuh saya, sekuat mana tempikan guru kepada saya...saya tidak pernah melawan guru.
Jauh sekali untuk mencalarkan kereta atau memancitkan tayar kereta cikgu atau mengajak cikgu 'bertempur' di luar sekolah. Biar apapun, dua jenis manusia yang tetap saya hormati sepanjang hayat...'ayah ibu dan guruku'.
Mungkin guru-guru saya, di sekolah, di kolej atau di pondok pasti akan bersyukur dan merasa sungguh bangga apabila sebilangan besar anak-anak didik mereka telah menggapai 'bintang'.
Yang menjadi doktor, peguam, jurutera, pendidik, usahawan, pemimpin politik dan berada di puncak pasti akan menyejukkan hati guru-guru saya.
Cuma tentang diri saya... adakah guru -guru bersyukur dan rasa penat-lelah mereka berbalas apabila saya berada 'di sini', di lingkungan oposisi?
Hajat di hati, ingin saya merakamkan nama-nama guru saya di coretan ini namun rasa tidak sampai hati dan tidak tergamak, mana tahu bakal 'terpalit lumpur' di sebabkan oleh saya, maklumlah saya di berada 'di sini'.
Saya begitu berbesar hati untuk membariskan senarai semua guru-guru yang telah 'menyelamatkan' saya selama ini, namun hati kecil penuh sayu terpaksa membatalkan hasrat kerana tidak mahu menyusahkan cikgu di kemudian hari.
Walau apapun tanggapan dan sangkaan, saya tetap menyanjung cikgu kerana telah 'menyelamatkan' saya dan kini saya berada 'di sini', memperjuangkan apa yang saya percayai...
Sebelum mata tertutup rapi atas kesalahan saya selama ini, saya mohon ampun dan maaf atas segala tutur-kata dan gerak-gaya yang menyinggung dan mengusik hati cikgu yang cukup baik terhadap saya. Moga sudi teruskan mendoakan saya bersama perjuangan ini.

Muridmu suka mencabar hati,
Asyik melawan, langgar arahan.
Budi baik guruku sejati,
Jasamu kutebus di depan tuhan.

"TERIMA KASIH, KASIH DIJULANG...SELAMAT HARI GURU." - azm

(Artikel ini ditulis setelah tercetus ilham sejurus berada di pekarangan hadapan Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh jam 3.50 pagi, 7 Mei lalu. Sebarang pandangan, luahan dan kritikan, bolehlah dimajukan kepada saya di azaminamin@yahoo.com
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya


Apa yang dapat saya simpulkan daripada catatan di atas ialah, sebagai pendidik, kita tidak harus merasa putus harap kepada anak didik kita.....bersabar melayan kerenah mereka dan tabah menabur bakti.....semuga mereka menjadi insan yang mulia; di dunia dan di akhirat.......begitulah juga sebagai ibu dan bapa.

Artikel asal boleh didapati dari link ini (klik)

Sihat sebelum datang sakit

Semalam ( 19/5/2009) Aku bersama keluarga travel ke Kuantan, untuk ziarah biras ku yang diserang stroke.. Beliau seumur dengan ku...tetapi tuhan telah memberi dugaan yang agak berat kepadanya dan keluarga. Akibat serangan stroke itu, mengakibatkan beliaun lumpuh sebelah badan (kanan) dan pendarahan dalam otak disebelah kiri.
Memberi keinsafan kepada diri ku..betapa siapalah kita ini disini Allah swt. Walaupun pada awalnya kita sihat, tetapi jika Allah ingin mendatangkan penyakit kepada kita, dengan serta merta Dia akan menghantar penyakit kepada kita.....
Siapalah kita untuk melawan Allah...untuk melawan penyakit yang Dia turunkan kepada kita pun, kita tidak mampu kecuali dengan pertolongannya....
Kenapa kita masih bertangguh lagi untuk berbuat kebajikan dan beribadah kepada Allah...kenapa di kesempatan yang Allah berikan kepada kita ini, tidak kita rebut dan gunakan sebaik mungkin????
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.....Maha Pengampun. Kasihanilah dan ampunilah hambaMu ini....Amin.
Kepada biras ku, semuga Allah berikan kesabaran kepada keluarganya dan kesembuhan kepadanya...semuga dugaan ini sebagai penebus segala dosa-dosa yang lalu...Amin.

16 Mei 2009

AL FATIHAH

Al Fatihah buat sahabat-sahabat ku :

1. Allahyarham Shahrizal Abdul Rahman (xMPIP 1988-90). Telah meninggal dunia pada 15 Mei 2009, 7:00 am. Walaupun tidak pernah berjumpa sejak 1990, tetapi kenangan lalu masih segar dalam ingatan.

2. Allahyarham Muzammil, bertugas di SK Kuala Krau, Temerloh. Meninggal dunia pada bulan April 2009. Pernah bersama semasa mengikuti kursus KDP Bestari (2005) MPTAA K. Lipis. dan kami tinggal satu bilik.

Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT.

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Malaysia...
Semoga beroleh Kebahagian di Dunia dan di
Akhirat...

Antara sms ucapan hari guru dalam HP ku:

1. Pesan pd DIRI tabahkan hati kuatkan semangat. Pesan pada HATI kukuhkan IMAN, bnykkn Zikrullah. Pesan pada NALURI jangan mengeloh & kecewa.Tiada daya dan rezeki melain dari ALLAH....Selamat HAri Guru. drp Pn Haniza Busu & Pn Hanisah Harun..SK Desa Bakti, Mentakab

2. GURU..dalam ajarnya ada harapan.. dalam tegurnya ada doa; dalam marahnya ada sayang; dalam tawa ada mesranya; dalamdiam ada bijaksana; dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru....Selamat Hari Guru. drp : En Yusof Ibrahim , PKG K Lipis (xMPIP 1988-90)

3. Lanjut usia dek dimamah mentari. Meniti denai menongkah arus. Lestari si Tuah dek Tamingsari. Warga pendidik tunjang pertiwi. Cucuran ilmu setulus budi. Digagahi keringat kurnian ILAHI...Selamat Hari Guru. drp: Abdul Ghani Samad. (xMPIP 1988-90)

4. Selamat Hari Guru. Semuga anda menjadi guru yg sentiasa disayangi, diingati, dikenangi, dihormati dan disanjungi sampai bila-bila Cikgu. kay dr En Kalal (GPK1) sk Desa Bakti.

5. Kukutip ilmu guru..Hujan melimpah basah bumi, subur ilmu mencanai akal , ia membawa secangkir air. tanah basah ketika dicurah, dititis ke padang tandus
menjirus kehidupan mu dalam sehari/seminggu/sebulan/setahun/seumur hidupmu....
...pasir hangus..padi berisi semakin merunduk..ubi berisi diam menjadi..setitis dari lautan air membasah ke padang ilmu...melimpah banjir ke otak ahli fikir didepan lautan kehidupan menanti gelombaang bimbang........aku mencari erti berani di dlm kata2 arifnya...kukutip ilmu guru azimat keramat di dadaku.....
dr: En Norman Iskandar, sk Kertau Chenor.... sekolah mula-mula aku posting ( Dis 1990 - Dis 2003 ) links: http://www.geocities.com/skkertau_9041/home.html

6. Bad Teacher complains, Good teacher explains, better teacher demonstrates, best teachher motivates, great teacher inspires...Happy Teachers Day...
dr : Pn Jamilah , sk desa bakti

7.ada lg...... tapi tak laratla nak taip... maaf!

Kepada guru-guru ku.....terima kasih cikgu...atas budi mu, mencurah selautan ilmu buat diri ku..
buat bekalan diri ku mengembara di alam maya ini dan di akhirat nanti.....aku masih mengharapkan doa mu wahai guru ku....semuga kalian dan diriku beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat...

08 Mei 2009

Lawatan ke Terengganu

Bersempena cuti hari pekerja 2009 yang lalu Kelas Tahfiz Al Quaran dan Fardhu Ain, Taman Jaya 4, Temerloh Pahang telah menganjurkan satu Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Terengganu. Bertolak seawal pukul 7:00 am dari surau taman,terus menuju ke bandar KT dengan disertai seramai 40 orang peserta ( murid bersama ahli keluarga ).
Gambar akan dipapar kemudia....

maaf...tiada kesempatan untuk masuk gambar....

untuk melihat gambar, link ke (klik) : 1, 2, 3, 4, 5, 6,

24 April 2009

ke kl

Semalam 22/4/2009 , aku bersama 3 org guru lain dan 1 penyelaras pejabat mengiringi murid tahun 2 - 6, membuat lawatan sambil belajar ke kl...Tempat utama lawatan ialah ke pameran buku antarabangsa di pwtc...Oleh kerana sibuk mengawal murid, tiada kesempatan untuk memilih buku yang terlalu banyak itu....seronoknye la kalau berkesempatan membelek buku disitu.....tak terasa kami sudah hampir 3 jam di situ.....untuk tidak kempunan sempat juga aku membeli beberapa buah buku untuk anak....

Kesimpulnya dari lawatan itu, objektif lawatan tercapai, kerana semua murid membeli buku... walaupun sekadar buku cerita dan komik...tetapi ada juga yang membeli buku kerja / latihan mata pelajaran....sekurang-kurang nya mereka telah didedahkan dengan budaya membeli ,membaca dan cintakan ilmu...Selamat Maju Jaya anak didikku....

14 April 2009

Fikirkanlah..

Ke mana dan di mana sudahnya nanti kita ini...semalam..hari ini yang pastinya sudah berlalu..tetapi kita masih begini..dan adakah terus begini...?

Ke mana dan di mana sudahnya nanti kita ini....

Kalau hari ini lebih baik dari semalam, maka beruntungla kita...

Hari ini lebih memberi manfaat dari semalam, maka beroleh kemenangan la kita...

Tetapi jika hari ini lebih naif dari semalam....sesia la hidup....

Orang berilmu ada mengatakan...
hidup ini cuma ada tiga hari sahaja,....

Semalam,...telah pun berlalu, rugi atau untungkah kita dengan kehidupan semalam....

hari ini adalah yang pasti.....

esok masih belum tentu.....

oleh itu rebutlah hari ini yang pasti dengan berbuat kebajikan untuk bekalan hari esok yang belum pasti itu.....

.....sekadar muhasabah buat diriku...