EmasDinar

Emas untuk Wang
Emas untuk wang kerana ianya adalah pelaburan yang asli.
Emas adalah wang kerana ianya mudah diurusniaga dan dijual sama ada pada harga belian atau jualan serta mudah dibawa dan mempunyai pertukaran harga yang cukup tinggi.
Emas adalah wang kerana ianya diciptakan untuk dipecahkan sama ada menjadi syiling ketulan bar tanpa merosakkannya kerana ianya adalah emas asli .999 (99.9% asli) dan ianya amat bertepatan dalam melakukan mana-mana urusan dengan lebih mudah. Emas juga mudah diminati dan dikenali kerana setiap berat dikira atau ditimbang untuk menentukan harga pasaran yang sebenar.
Emas adalah wang kerana mudah untuk disimpan tidak mudah berkarat, reput atau busuk kerana ianya mempunyai nilai yang tersendiri dan mmpunyai nilaian yang amat tinggi diseluruh dunia sebagai sebuah barang mewah dan ianya menjadi eleman yang amat penting dalam industri besi terutama teknologi perbuatan Ini juga emas juga diterima diseluruh dunia sejak turun temurun lagi.
Emas juga sentiasa dikaitkan dengan pertukaran matawang asing dantidak perlu diperkatakan, dinilai harganya dan dijamin tahap keselamatan oleh kerajaan.
Sebagai bentuk pelaburan, emas dilihat sebagai asset kewangan yang boleh mempertahankan harga ketika suasana ekonomi, politik dan sosial semasa dan emas juga dilihat sebagai sebuah institusi pelaburan yang selamat.  - http://www.publicgold.com.my/content/view/42/74/lang,malay/

Jadi...apa lagi jom kita mulakan sekarang membeli emas jongkong atau dinar menggantikan wang simpanan kita....

Perlu diingat, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
 5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca                     (http://geng916.com/)

Jom mulakan sekaran. Melabur dalam komoditi emas...
Mulakan dengan apa yang kita mampu dahulu...mungkin dengan 1dinar. Kemudian kita tambahkan secara konsistan..

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA


1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu.
Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

.
Gambar: Ilustrasi teknik pajak dan beli emas fizikal.

Disclaimer:
1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya. Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa anda
membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.
2. Semakin banyak pengalaman anda, semakin mudah anda membuat teknik ini. So apa tunggu lagi, beli emas sekarang.
3. Teknik ini adalah petikan daripada ebook saya. Banyak lagi maklumattentang pelaburan emas dan cara-cara menjana keuntungan di dalamnya. (jutawanemas.com)