08 Februari 2010

Siapa Dia...


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaimana.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyaiakhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...

02 Januari 2010

Satu Produk Muslim berasaskan minyak kelapa dara..

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia :-


Kecantikan  luaran:
·          Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
·          Menghasilkan   tenaga  segera.
·          Jika disapu, ia membantu membentuk  hambatan  kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
·          Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
·          Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta   memberi  perlindungan dari sinaran ultraviolet.
·          Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.


Kesihatan dalaman:
·          Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
·          Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
·          Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko  diabetis.
·          Mengurangkan   stress  pada   pancreas  dan  sistem - sistem  enzim  dalam  tubuh.
·          Meningkatkan  penyerapan  kalsium  dan  magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.  Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.
·          Mencegah risiko sakit jantung.
·          Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.


Meningkatkan daya tahan tubuh:
·          Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
·          Berfungsi sebagai antioksidan, mengurangkan radang kronis.
·          Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
·          Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate
·          Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
·          Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.


Membunuh virus, bakteria dan kulat.
·          Membunuh virus (yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes) bakteria (yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea) kulat (yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain) serta membunuh cacing pita, lice, giardia, dan  parasit.


Hubungan suami isteri.
·          Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
·           Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
·          Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan
(keputihan).
·          Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.


*Rujukan: Buku “ The Healing Miracles of Coconut Oil : Dr.Bruce  Fife” dan Internet.