27 Januari 2011

Pengalaman Baru 2

Salam...
Bukan semua orang ada pengalaman dengan aktiviti gadai menggadai....
Aku salah seorang daripdanya. Kemarin (24/1/11), pertama kali aku menjejak kaki ke Arrahnu di Agro Bank. Tujuanku adalah hendak menggaidaikan 2 ketul emas Publik Gold..
Tujuan aku menggadai adalah:
1. Nak lock harga bar dan dinar yang baru....(sedang menurun)
2. Nak tahu samada emas Public Gold ini memang emas tulen......sebab ada antara kawan-kawan yang berminat, tetapi masih ragu-ragu dengan ketulinan emas PublicGold yang ada pada ku...maklumlah perkara baru...aku pun jadi rasa bimbang juga....hai...jangan main-main...harga bukan murah.....

Jadi, ini kesimpulannya....

Emas PublicGold boleh digadai di Arrahnu Agro Bank....ini menunjukkan ianya emas tulen....lega......
Aku dah tunjuk kepada kawan-kawan, mereka pun percaya......

Kenapa gadai emas nak beli emas...???
Ini keterangannya...

Penggadaian emas di Ar Rahnu Bank yang mendatangkan keuntungan, bukannya kerugian.


Ketika harga emas turun, anda gadai emas anda.Wang hasil gadaian tadi anda beli stok emas yang baru dan simpan. Apabila harga emas naik ,anda boleh jual emas yang anda ada ketika itu untuk meraih keuntungan.

Anda mungkin tidak faham sekiranya anda;

1. Tak pernah beli emas
2. Tak pernah pergi gadaikan emas di Ar-Rahnu dan beli emas lagi.
3. Tak pernah memerhatikan kenaikan harga emas dalam masa setahun keatas.

Jadi, kalau anda hendak faham teknik ini maka anda perlu buat sendiri teknik ini. You need to experience it. Bagi pelabur-pelabur emas yang lama memulakan pelaburan emas, memang ini adalah peluang menjana keuntungan lebih terutamanya bila harga emas jatuh.

sekiranya anda hari-hari melihat harga emas. anda akan tahu bila akan berlakunya 'buying opportunity'. 'Buying opportunity' merujuk kepada penurunan harga emas yang banyak menyebabkan kita boleh mengambil peluang menambahkan stok ketika harga emas sedang rendah.

Huraian: Sebagai komoditi, harga emas boleh turun dan naik. Memandangkan trend jangkamasa panjang ialah menaik, jadi setiap penurunan harga membolehkan kita membuat keuntungan dengan membeli lebih banyak stok emas dengan cara menggunakan teknik Ar-Rahnu (gadai emas yang sedia ada di tangan dan beli emas dengan hasil gadaian tersebut)  ( http://kilau-emas.blogspot.com/)

Tapi kita mesti disiplin..dengan memperuntukkan sebahagian pendapan kita untuk menebus emas....
Tetapi bagaimana jika sampai cukup tempoh kita masih tidak dapat menebus emas tersebut???......nanti aku fikir.....